Recent update
Hati & Perasaan..
March 19th, 2009 by armour
Bercinta itu suatu hal yang mengesankan dan harus dipertahankan jika memang kamu sudah sepadan. Seperti kata-kata berikut: ‘cinta tak pernah akan begitu indah, jika tanpa persahabatan’, yang satu selalu menjadi penyebab yang lain dan prosesnya adalah sesuatu yang tak mampu kamu ubah.
Seorang pencinta yang terbaik adalah sahabat yang terhebat. Jika kamu mencintai seseorang, jangan berharap bahawa dia itu akan mencintai kamu seperti sebaliknya dalam tahap yang sama. Salah seorang di antara kamu akan memberikan lebih, yang seorang akan merasa kurang. Begitu juga dalam cinta: kamu yang mencari, dan yang lain akan menanti.
Jangan pernah takut untuk jatuh cinta. Cinta mungkin akan begitu menyakitkan, dan mungkin akan menyebabkan kamu sakit dan menderita. Tapi jika kamu tidak mengikuti kata hati, pada akhirnya kamu akan menangis, jauh lebih pedih… kerana saat itu menyedari bahawa kamu tidak pernah memberi. Cinta itu sebuah jalan, yang melorongkan ke arah kebahagian, tetapi mungkin juga menghumban ke lembah penderitaan jika tersilap langkah.
Cinta bukan sekadar perasaan, tapi sebuah komitmen. Perasaan boleh datang dan pergi begitu saja, tetapi komitmen membuat kamu ‘mempertahankan’.
Cinta tak harus berakhir bahagia, kerana cinta tidak harus BERAKHIR!
Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan, sebab cinta tidak datang dari bibir dan lidah atau fikiran, melainkan dari HATI.
Ketika kamu mencintai, jangan mengharapkan apapun sebagai imbalan, kerana jika kamu demikian, kamu bukan mencintai, melainkan ‘pelaburan’.
Jika kamu mencintai, kamu harus bersedia untuk menerima penderitaan. Kerana jika kamu mengharap kebahagiaan, kamu bukan mencintai, melainkan memanfaatkan.
Lebih baik kehilangan harga diri dan egomu bersama seseorang yang kamu cintai daripada kehilangan seseorang yang kamu cintai kerana egomu yang tak berguna itu!
Cinta mungkin akan meninggalkan hati kamu bagaikan kepingan-kepingan kaca, tapi sematkan di dalam fikiran kamu, bahawa ada seseorang yang akan bersedia untuk membalut luka kamu, mengumpul kembali dan mencantum ‘pecahan-pecahan kaca’ itu sehingga kamu akan menjadi ‘kuat’ kembali.
Posted in Uncategorized | tagged Add new tag | | 2 Comments
Minum
November 3rd, 2008 by armour
ADAB MINUM
Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: ” Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk”
Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).
Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut ” Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk”
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.
Ringkasan adab minum
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah ” Bismillah”
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
Jazakallah hu khairan kathiraa.
Posted in Uncategorized | | | 0 Comments
Mimpi
May 25th, 2008 by armour
Makin ingin lupakan peristiwa ngeri tu semakin kerap plak mimpi pasal perkara tu.. terasa macam semua tu baru saja berlaku.. kadang2 ianya menjadi igauan dalam hidup aku.. takutnya akan berulang lagi.. kadang2 aku rasa putus asa untuk teruskan hidup ni tapi masih ada kekuatan melawannya kerana adanya sahabat dan keluarga yang membantu..
Mimpi.. aku sering mimpikannya.. mengingatinya bagaikan mengingati peristiwa hitam tu.. terasa diri berada ditempatnya.. merasai diri dirempuh sebuah lori tapi fizikal xmerasainya cuma hati je yang sakit.. sentiasa terbayangkan saat2 itu dan aku hanya mampu melihat dia terbaring kaku.. tuhan saja yang tahu perasaan aku
Posted in Story | | | 2 Comments
Kenangan Di JB
March 3rd, 2008 by armour
hmmm.. kerja kat JB dulu pun ada gak jalan2 tengok tempat org. dapat site servis sekolah2 dalam jb daerah bandar jb, kota tinggi, pontian, kluang, kulai, senai, batu pahat.. kena jaga area JB selatan tak termasuk mersing, segamat, dan muar.
Penghujung tahun 2006 ( disember ) dapat pengalaman mengharung air banjir yang hebat diperkatakan Gelombang Pertama. kena plak pada tarikh hari pertunangan ngan arwah yang genap setahun. langsung xbleh lupa sebab bleh tengok ngan mata sendiri keta hanyut sebab nak menyeberang, mengharung arus deras paras pinggang dan balik umah dalam kesejukan awal 3 pagi. nasib semangat kuat n tak demam
bersambung..
Posted in Story | | | 3 Comments
Langkawi
March 2nd, 2008 by armour
hehehe memang teringin nak gi Langkawi. Akhirnya dapat gi sana tapi tak sempat nak jalan2 sebab gi sana utk buat keje. Ok gak la suasana kat sana sebab jalan tak jem n tercapai la keinginan tu siap ’survey’ kos perbelanjaan untuk ke sana lagi nanti. Lepas balik dari langkawi, kena gi Ipoh lak n lepak sana 2 hari untuk setelkan keje. Sampai sakit2 badan tapi berbaloi.
Akan datang, kena gi lumut lak pastu maybe ke bukit kayu hitam
Posted in Story | | | 1 Comments
PETUA IMAM SYAFIE
December 25th, 2007 by armour
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Posted in Amalan Harian | | | 0 Comments
Renungan Bersama
December 25th, 2007 by armour
Kita selalu Bertanya….
dan Al-Quran sudah menjawabnya. ………
KITA BERTANYA :
KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (”I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA :
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” - Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA :
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ” - Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA :
KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). “
KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” - Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA :
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ? - Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA :
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. ” - Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA :
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” - Surah Yusuf ayat 12
Posted in Story | | | 0 Comments
Masih Aku Terasa
September 14th, 2007 by armour
Gersang - Masih Aku Terasa
Sejenak aku dikejutkan
Bersama ombak cinta luka
Perpisahan melanda kita
Hanya kerna peristiwa itu
Kiranya takdir mengizinkan
Inginku kembali padamu
Meneruskan cinta yang lalu
Kerana kau yang aku sayangi
( korus )
Akan kusimpan kenangan cinta kita
Yang tak akan terpadam selamanya
Kehangatan cintamu masih aku terasa
Seperti baru semalam kita berpisah
Tangisan sedu di hatiku
Menahan kepedihan ini
Sendiri aku mengenangkanmu
Hanya engkau yang aku sayangi
( ulang korus )
Posted in Music | | | 0 Comments
Kemalangan Yang Pasti Terkenang Hingga Akhir Hayat
August 21st, 2007 by armour
Posted in Story | | | 2 Comments
40 Hari Pemergiannya
May 25th, 2007 by armour
Semalam.. 25 May 2007
Genaplah sudah 40 hari pemergiannya. Kehilangannya terasa begitu bermakna. Tiap hari dan tiap ketika terbayangkannya. Terbayangkan saat senang dan susah bersama. Namun, yang tinggal hanyalah diriku sendirian, tercari-cari arah dan tujuan.
Cuba menerima hakikat pemergiannya. Tapi hati yang telah dicurinya masih belum kembali ke tempat asalnya. Inikah ketetapan Illahi, yang harus aku terima. Pedih yang tak terluah dengan kata-kata, rindu bagaikan nak gila.
40 hari perginya si dia memberi sejuta makna kepadaku. Betapa Allah lebih menyayanginya dari diriku sendiri. Inilah dugaan hidup paling berat untukku terima namun aku redha… damailah kau disana…
Posted in Story | | | 1 Comments
« Previous Entries





